Selasa, 4 Oktober 2011

miri sarawak..


STADIUM MIRI, SARAWAK...



stadium Miri,Sarawak
tempat yg terpilih untuk latihan pusat
persiapan ke sukan sea..

stadium yang tenang
walaupun trek yang agak keras
tapi aku rasa selesa

cuaca dan suasana yang
hampir sama di tawau..
start traning di sini mula 25 sept hingga awal Nov.


Ahad, 24 Julai 2011

400m


Catatan masa 400m aku, setakat ni.

inter kolej: 50.3 saat ht (stadium upm,serdang)
melaka open: 49.56 saat( stadium hang jebat,melaka)
sipma: 48.74 saat (stadium hang jebat, melaka)
masum: 49.58 saat (stadium upm,serdang)
selangor open: 49.15 saat( stadium msn,bkt jalil)
sabah open: 49.59 saat (stadium likas kk)
maau close: 48.48 saat (stadium kangar,perlis)
time trial program: 48.18 saat (stadium msn,bkt jalil)
sri lanka open: 48.99 saat (stadium sri lanka)
world university games (49.16 saat (stadium shenzhen)
taiwan open ( 48.65 saat) stadium taiwan.
Atm meet ( 48.55 saat) stadium ipoh,perak.
Grand Prix 2 (49.07 saat) stadium msn bukit jalil.

Sabtu, 11 Jun 2011

game seterusnya..

Sukan Institut Pendidikan Malaysia (SIPMA) sudah selesai.
kini sukan atau game yang seterusnya ialah MASUM.
SIPMA telah membawa kenangan manis kepada aku
kerana telah mendapat 3 pingat gangsa, dan telah
memperbaharui masa terbaik aku dalam acara
400meter dengan catatan 48.74saat.

ada banyak lagi game yang akan aku sertai,
MASUM, SABAH OPEN, SELANGOR OPEN,
MALAYSIA CLOSE, DAN WORLD UNIVERSITI GAMES.
aku harap dapat buat masa terbaik 400meter lagi
dalam 4 kejohanan tu..
Target pergi sea games tahun ni..

Sabtu, 23 April 2011

kenangan 23 april..


23 april 2011..
sabtu..
lebih kurang 4pm..

kenangan tercipta
kenangan yang tak akan ku lupakan..
kenangan aku jatuh moto..

lutut kiri..

dalam jugak luka ni..

kaki kiri..

tangan kiri..

jalan licin sangan..
baru habis hujan..
time selekoh, tayar licin..
jatuh terheret..

Sabtu, 16 April 2011

puisi santai..


3 tahun kulalui,
mendaki puncak tinggi,
yang penuh berduri..

namun,
langkah ini kugagahi,
untuk mengecapi,
permata Ilahi..

segalanya bermula disini,
manis pahit kulalui,
segala ilmu yang diberi,
telah ku miliki,
akan ku dakapi,
untuk kebaikan diri..

puisi ini ciptaan sendiri,
hanya aku yang mengerti,
namun aku mengetahui,
semuanya memahami..
hahaha...

Khamis, 31 Mac 2011

my mother..


mak aku..

inilah wajah terkini mak aku.
usia dah 54 tahun..
sempat lagi bergambar di airport Tawau sebelum kembali ke UPM.


selalu dah mengadu sakit bahagian kaki.
dah tak larat nak keja berat..
tapi, selalu jugak turun kebun g kerja..
risau aku keadaan mak,
kalau bolah nak ja jaga tiap2 hari..


Isnin, 21 Mac 2011


19 Mac 2011...
majlis makan malam dan penganugerahan pelajar tahun akhir
untuk kolej kelima yang juga dikenali sebagai
"malam 1001 Gemerlapan"
bertempat di hotel palace of golden horses,seri kembangan.
bertemakan "arbian night" tapi pakaian aku takdelah macam arab.
tak kena dgn tema langsung..

bersama teman2 seperjuangan..

"borneo geng"

anugerah "olahragawan"